Wassup guys.
Skipping? Kenapa skipping 400 kali?
Kali ini min nak share kenapa min pilih skipping sebagai pilihan untuk min workout.
- Min pernah cuba jogging depan rumah tapi min malu sebab itu bukan situasi biasa kat sini
- Min selalu download apps workout tapi 3 hari saja yang semangat, seterusnya hangat-hangat tahi ayam ja
- Min memang banyak alasan pun. 😅
Sebenarnya tak ada alasan yang logik pun semua hanya alasan. Tapi bagi min sebab apa adalah min boleh skipping dalam bilik saja dengan pakai pakaian workout yang lagi selesa tanpa perlu menutupi kepala (dalam bilik je kan), tambahan pula tali skipping adalah peralatan yang paling murah walaupun kalau jogging tak pakai peralatan pun. 😄
"Skipping is a full-body workout as you are practically utilizing all parts of your body. Your lower body is persistently bouncing, your arms and shoulders are consistently in motion, and your abdominal area is involved too. It also helps in maintaining your body posture and keeping a cheek on slumped shoulders." by Anshul Jaibharat, a Delhi-based nutritionist.
Disebabkan ayat ini min terus terinspirasi untuk konsisten dalam skipping sehingga sekarang. Berikut adalah kelebihan skipping yang menjadi kat min (a.k.a perubahan yang min alami) :
- Turunkan berat badan. Min tak gemuk tapi min punya perut 'bloated'. Jadi sejak min skipping masalah tersebut dapat diatasi.
- Min sedar sejak asyik mengeluarkan peluh, kulit makin 'better'. Senamn meningkatkan peredaran darah di dalam badan, membekalkan nutrien pada kulit dan membuang toksin yang tidak diperlukan.
- Kesan daripada skipping membuatkan kita lebih slim. More slimmer, more taller you look.
- Meningkatkan kadar degupan jantung. Ini yang penting bagi min sebab min tak mudah penat bila buat sesuatu kerja. Hal ini kerana skipping merupakan latihan terbaik untuk kardio, yang mana dari segi saintifiknya lah kerangka kardio melibatkan jantung, arteri dan urat untuk membantu penegedaran darah dan oksigen antara jantung dengan organ lain. Konklusinya peningkatan kadar degupan jantung akan menigkatkan kecekapan jantung itu sendiri untuk mengepam. In result you're not easily get tired.
- Meningkatkan ketumpatan tulang yang mana boleh mengelakkan penyakit yang berkaitan kerapuhan tulang. Muda lagi kan.
Last sekali kenapa 400 kali?
Tak de sebab yang specific sebab min mula pun dengan 50 kali. Then day by day , die meningkat dan sekarang min konsisten buat 400 kali. Tapi min berhasrat nak 1000 kali setiap hari. Haha. Doakan min.
Disclaimer : Semua yang dinyatakan oleh min adalah dari pandangan dan pengalaman min saja. Korang yang baca berhak bagi pendapat sekiranya min salah. Disini min nyatakan link yang menjadi rujukan min untuk buat ayat proper. Haha
Comments
Post a Comment