Wassup guys...
Kali ini min punya skincare routine. Skincare min ni mur-mur saja kerana min tengah menganggur. So min rasa berguna lah untuk korang yang sedang kekurangan duit atau situasi kita tengah sama tapi at the same time, nak jaga kulit muka.
Sebelum ni min pakai hada labo, pastu dah habis, then min cuba pakai Aaina Cleanser, min cakap jujur, best giler pakai hat ni. Tapi min stop sebab tak mampu dah sebab kalau pakai cleanser kene beli sekali dengan serum. Barulah ngam.
Since then, min cuba pakai bahan yang senang dapat dan mur saja. Pertamanya min pakai Cetaphil gentle cleanser yang RM 18.00 punya. Then, min pakai tomato. Min cuba pakai every morning but still in progress sebab bila malas tu datang.. Hmmm..layannnn
Min pakai tomato yang dibekukan semalaman. Cara min :
- Tomato yang beku itu kita belah dua
- Lumur dekat muka dalam circular motion
- Biar selama satu jam
- Bilas
Dulu min selalu rujuk website ini pasal tomato.
Kesan yang berlaku dekat min:
- Jerawat mengecut
- Kulit glowing tanpa make-up
- Kulit jadi licin dan dapat cerahkan kulit secara natural. Boleh apply simple make-up which is good sebab tak payah cover banyak sangat.
- Wajah tak nampak kusam.
Lagipun, ayah min pun selalu minum air tomato yang dah dikisar dan disimpan sejuk di dalam peti ais..emmm... Sesuailah untuk tekanan darah die tapi tomato pun ade risiko kepada kesihatan jugak tau. Boleh usha link ini
Konklusinya
Tomato banyak kelebihannya dari segi kesihatan, walaupun kita semua dah sedia maklum, tapi kebanyakan kita masih lagi kurang mengamalkan dan menghayati kelebihannya. Maksud min kita masih berusaha untuk beli produk yang menggunakan tomato instead of ambil tomato kat rumah. Kan kan?
Sekian...
Comments
Post a Comment